Saturday, March 19, 2011

Penungguan Yang Tak Kunjung Tiba


Seawal-awal pukul 11 malam dah tercegat kat DangaBay menunggu ketibaan bas yang membawa rombongan umrah. Tapi yang peliknya, tak nampak pun ahli-ahli keluarga jemaah lain yang datang menunggu. Mungkinkah aku sekeluarga datang awal sangat ke?


Sementara menunggu tu sempatlah pula posing 






Tuesday, March 15, 2011

Perkhemahan Pancaragam Pasir Gudang 2011

Seronok Kak Long cuti kali ni..... Rasenya dah lama juga pihak Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang tak melaksanakan aktiviti ini. Last pun pada awal tahun 2010.

Bila malam tadi aku datang sekeluarga saja-saja nak lihat Kak Long, agak terkejut juga melihat sambutan dikalangan pelajar yang ingin melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan ini. Paling terkejut aku bila melihat ada juga dikalangan pelajar yang hadir ni terdapat dua orang pelajar Cina. Kena gaya lakdua-dua pelajar ini dalam group klarinet Kak Long. Satu perkembangan yang amat baik.

 Masa datang tu, satu guru pengiring pun tak ada. Orang umah aku pelik. Biasalah cikgu-cikgu nie bila masa cuti diberi kerja. So......nak tak nak, kenalah orang umah aku bagi penerangan sikit pada pelajar tentang apa yang boleh dan tak boleh dilakukan ketika perkhemahan sedang berjalan.

Tekun Kak Long melatih rekrut barunya.

Sunday, March 13, 2011

Skodeng

 

Nampak tak........?

 

Tak nampak, ya?

 

Jelas, ya?

 

 

Apa-apa ler, siang-siang buat keje

Saturday, March 12, 2011

Dua Manusia Yang Mengoncang Dunia - Perang Dunia Kedua


Siapakah mereka? Apakah kaitan mereka dengan dunia? Apakah peranan yang telah mereka mainkan dalam Peperangan Dunia Kedua?

 Mereka adalah pegawai tentera Udara Amerika Maj. Thomas Ferebee dan disebelah beliau ialah Capt. Kermit Beahan. Maj. Thomas Ferebee adalah individu yang menjatuhkan bom atom Little Boy dari Enola Gay ke atas Hiroshima. Manakala Capt. Kermit Beahan pula menjatuhkan bom atom Fat Man dari pesawat The Great Artiste ke atas Nagasaki. Sekarang anda tahu siapa mereka.


Selepas perang dunia kedua berlalu nama mereka tidak pernah disebut. Dunia sendiri baru sedar yang nama individu yang menjatuhkan 2 bom yang meragut hampir 300 000 nyawa tidak pernah diberitahu dan dibiarkan ianya berlalu begitu sahaja. Yang pasti bom pertama dijatuhkan oleh Enola Gay dan dipandu oleh Capt Paul W Tibbet. Kenapa nama krew yang mengakhiri perang dunia kedua lenyap dari catitan sejarah?