Monday, July 29, 2013

Letrik....... Oh Letrik


Pukul 12.45 pagi si ciqah gerak ako dalam kegelapan. Rupa-rupanya satu taman bekalan elektrik terputus. Dalam keadaan mamai ako pujuk ciqah tidur dengan harapan bila bangun sahur nanti bekalan elektrik telah disambungkan.

Rupa-rupanya harapan ako meleset sekali. Pukul 3.35 pagi, mama terbangun awal kerana kepanasan lalu terus mengerakkan ako dari tidur untuk bangun sahur. Dengan bekalan elektrik yang masih lagi terputus, ako ambil keputusan untuk bersahur diluar saja.

Tengok disekitar taman, abis semua bergelap. Semua kedai makan tutup kerana tiada elektrik. Lalu ako ambil keputusan bersahur di Mcd. Kira ni kali kedua ako, mama dan ciqah bersahur di Mcd. Rasenya bukan keluarga ako sahaja yang bersahur disini. Ramai lagi kenalanku ditaman yang sama bersahur disini. Ha ha ha.... semua senasib denganku.

Dalam jangkaanku mungkin lepas bersahur ni, bekalan elektrik ditamanku akan disambungkan semula...... namun bila sampai sahaja ditaman, keadaan masih lagi sama. Mama terus mengajak ako membeli lilin dikedai sebelum balik.

Bila sampai di 7-Eleven, adik menjaga kedai terus mengarahkan ako membeli lilin di kedai sebelah kerana kedainya kehabisan lilin. Macam tau-tau jer yang ako nak membeli lilin tanpa ditanya.

Yang tergelak tu bukan apa, bila nak sampai  je ditaman, bekalan elektrik telahpun disambungkan. Pakat ketawa kami berdua. Ha ha ha.... kira ok ler. Lain kali bila bekalan terputus, sekurang-kurangnya ada ler bekalan lilin di rumah nanti...... nak sedapkan hati masing-masing.






Thursday, July 25, 2013

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua.

Rasanya sudah begitu lama saya tinggalkan lamanweb ini terkontang kanting begitu sahaja. Last enty saya pada tahun 2011.

Ppppeeerrrggghhhhh....... lama betul tu. Anak yang sulong, Kak Long pun dah masuk semester 3 di Universiti Pendidikan Idris dalam jurusan musik. Kak Ngah pula dah masuk Kolej Kemahiran Tinggi Mara untuk persediaan ke luar negara.



Si kecil.....eermm. Dah tak kecil lagi...... sekarang dah di tahun 3 dan makin membesar. Dan ako pula.... dah berubah tempat kerja. kalau dulu di Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang dan sekarang di Jabatan Pelajaran Negeri Johor memegang peperiksaan STAM, SPMU, ULBS dan ULKCP. Kerja dah semakin mencabar.

Rasanya mungkin lama juga ako akan bertapak disini. Tengok keadaan. Apa-apa pun ako dah mempunyai rakan sekerja yang begitu baik dengan ku. Alhamdulillah.... syukur.