Monday, November 28, 2016

Kak Ngah Balik




Akhirnya balik juga Kak Ngah ke Malaysia. Malam tu pi belanjer dia makan malam kat Bukida steamboat.







Friday, November 18, 2016

Neighbourhood Laundry


Tahniah Kak Ani sekeluarga dengan pembukaan kedai membasuh pakaian 24 jam pada 19hb November 2016 (Sabtu).


Kedainya yang beralamat di No.54, Jalan Perjiranan 15/1, Bandar Dato Onn, Johor Bahru.





Menawarkan perkhidmatan pembasuhan dan pengeringan pakaian secara layandiri.
Bagi minggu pertama pembukaan kedai, diadakan promosi harga yang menarik kepada pelanggan sebanyak RM3 sahaja bagi perkhidmatan yang digunakan.

Semoga perniagaan ini akan berjaya. Tahniah sekali lagi....  Kak Ani.




Saturday, November 12, 2016

Hello Dan Apa Khabar

Assalammualaikum dan selamat pagi.



Rasanya lama dah ako tinggalkan blog ni sepi tanpa berita. Bayangkan hampir 2 tahun tak der berita. Tahun 2015, aku amat sibuk sekali dengan keje ku kat jabatan. Maklum ler dapat PT pun tak boleh diharapkan. Hampir semua kerja ako yang buat. Dari dapatkan bahan maklumat, printkan dan perbanyakkan salinan kemudian dibukukan mengikut keperluan sehinggaler pengedaran dan membuat taklimat. 

Kena pulak si harimau tu nak ikut sekali masa ako bagi taklimat.......... Adussss, pening kepala ako. Bulan 8 2015, ako terlantar kat hospital akibat kencing manis yang agak serius. Banyak kerja-kerja di pejabat ako terpaksa lepaskan kerana sakit. Akibatnya....... Ako direhatkan dan dihumban  ke sekolah semula iaitu di SK Taman Nusa Damai bersebelahan ngan sekolah isteriku. 



Di sekolah, kerja ako tak banyak, hanya mengajar subjek moral. Itu pun ader cikgu yang bersimpati dengan kesukaran ako berjalan dan dia mengambil kelas moralku. Lagi ler makin menyenangkan kerjaku. 

Cerita pasal anak-anakku pula. Kak Long dah mula sambung pengajiannya diperingkat ijazah di universiti yang sama. Dan kalau ada rezekinya, akan menyertai program pertukaran pelajar antarabangsa ke Amerika. Kak Ngah pula, dahpun mula pengajian di Australia dalam bidang animasi. Baru mula pengajian dan nak cuti musim panas selama 3 bulan. Mak saudara dia sanggup sponsor tambang balik cuti ke Malaysia tapi dengan syarat kena jaga Tok Mak dia yang kurang sihat. Dan dia bersetuju. Kalau ikut jadualnya pertengahan bulan 11 ni, balik ler dia. Tapi masih lagi berahsia tarikhnya kerana diawal baliknya  dia bercadang nak melawat kakaknya di Tanjung Malim dahulu. 








Ciqah......... Anak yang bongsumni pulak. Ehe........ Baru jer lepas mengambil UPSRnya. 17 bulan ni, keluar ler resultnya. Tak begitu tinggi sangat harapan ako ngan isteri terhadap pencapaiannya. Sekadar moga berjaya seperti kakak-kakaknya.