Tuesday, January 14, 2014


Hari ni sedang ako duk termenung didalam kereta sementara menunggu untuk fingertec kehadiran, dapat mesej whatsapp dari mama.

Termenung sambil tersenyum melihat gambar yang dihantar mama. Gambar adik dan mama... masing-masing tersenyum sambil berposing memakai baju pengakap dan kadet polis.

Sedih gak dalam hati bila tak dapat bersama-sama mereka masa tu kerana ako terpaksa keluar awal ke pejabat.

Apa-apa pun ako puas dapat menatap gambar mereka. Selamat bersekolah mama dan adik.

Sunday, January 12, 2014

Selamat Hari Jadi PT Ku


Ha ha ha....... Selamat Hari Jadi kepada kaorang..... Moga dipanjangkan umo dan dimurahkan rezeki, insyaAllah.

Banyak jasa yang telah dihulurkan kat ako.... apa-apa pun TERIMA KASIH yang dapat ako ucapkan.

Kak Ngah Balik Bercuti



Kak Ngah balik lagi....... kali ini macam selalunya kena ambik larut malam kat Hentian Bas Larkin. Dah ambik kesian lak tengok macam belum makan lagi. Terus bawak makan bubur nasi kat sentosa.

Semalam member kepingin nak makan ayam masak madu...... dalam pukul 6 petang belilah ayam masak untuk dia. Terharu gak bila dalam duk masak tu..... dia berbisik dah lama tak makan lauk yang ako masak dan minta untuk dimasak lebih agar keesokkan harinya dapat ler dia makan lagi.