Sunday, February 27, 2011

Hari Menghantar Anak Ke Asrama


Satu hari suntuk habis dengan menghantar anak-anak ke asrama. Bermula 8 pagi sehinggalah pukul 5.30 petang. Tapi kepuasan apabila melihat kesungguhan anak untuk belajar, membuatkan segala penat lelah menghantar dan duit yang dikeluarkan berbaloi.


Mula-mula hantar Kak Ngahnya dulu. Sebelum masuk ke maktabnya, terus dulu ke Giant Muar membeli keperluan kelas dan jajannya dan Kak Longnya sekaligus. Pukul 1.15 petang, bertolak balik ke Pasir Gudang untuk mengurus Kak Longnya pula.





Kesian lak tengok Kak Long. Akibat kesilapan warden mengarah semua penghuni asrama mengosongkan bilik sehinggakan dalam loker pun disuruh kosongkan. Semuanya kerana kehadiran pelajar yang menghadiri Kursus Video Making And Editing yang dianjurkan oleh IRDA selama 3 hari yang memerlukan mereka menetap di asrama.

Apabila balik semula ke asrama petang tadi, terpaksalah Kak Longnya memunggah semula barang yang diletakkan di bilik prep ke biliknya semula. Satu kerja yang amat meletihkan. Sabar jer ler, Kak Long.

Saturday, February 26, 2011

Jenjalan Satu Keluarga


Ha ha ha......... Apa mimpi hari ini semua bangun pagi. So....... apa lagi, kerahkan semua mandi dan bersarapan pagi di Z&Z.

Lepas sarapan dah tak tahu nak kemana. Maka melawatlah jap sedara mara kat zoo, ha ha ha. Sebenarnya takpun masuk ke dalam, sekadar lihat dari luar je. Sampai je kat sana, orang rumah terperasan ada cikgu sekolahnya di Masjid Sultan Abu Bakar.


Mereka dalam rombongan sekumpulan pelajar yang mengadakan lawatan di masjid untuk mengambil gambar bagi kursus multimedia yang sedang berlangsung di SMK Taman Nusa Damai.

Friday, February 25, 2011

Tak Letih Ker?


Kekadang tu tertanya gak aku, tak penat ker Kak Long. Balik dari asrama pukul 2.15 petang tadi dah nak ke stadium tertutup Pasir Gudang buat latihan pancaragam.

Tapi itulah rutin yang dia suka. Kira ok ler, kalau dia dah suka ngan cara hidup sebegitu. Esok ada lagi latihan... pukul 2 petang. Ingat nak ajak satu keluarga bersarapan di Z&Z. Dah semua anak ada nie, memang seronok makan bersama-sama sambil masing-masing bercerita tentang kehidupan yang kitaorang miss bersama.

Thursday, February 24, 2011

Kak Ngah Balik Pulang Bermalam


Petang semalam, awal-awal lagi aku dah ke Hentian Larkin. Gara-gara nak mengelak dari kesesakan jalanraya, kul 3.50 petang aku dah bertolak dari rumah.

Memang tabiat aku tak suka bertembung dengan jam. Semalam dan hari ini sengaja aku ambik cuti. Semalam pukul 8.30 pagi bekejar ke balai polis trafik Seri Alam membayar saman. Ehe......... semak punya semak, ambik kao.......saman dari tahun 2006 aku tak bayar. Tapi alhamdulillah, aku hanya ada dua jer saman. satu masa pi kursus kat Port Dickson tahun 2006 (bawak laju) dan satu lagi tahun lepas kat Batu Pahat pun bawak laju. Keseluruhan RM450 aku kena bayar. Tapi bila dah tolak diskaun 50%, lega jer kena bayar RM220.


Kali ini aku agak pelik sikit bila tengok Kak Ngah balik sendirian. Kebiasaannya dia akan berteman dengan si Amar. Nasib baik si Amar dapat meneruskan sekolahnya di MRSM. Ramai kawan-kawan Kak Ngah yang memohon semula untuk bersekolah di MRSM diluluskan akibat daripada keputusan PMR yang tidak memberangsangkan.

Walaupun balik sorang, banyak pula bawa beg. Bila kutanya, rupa-rupanya dia menolong membawa beg kawan barunya. Lupa lak aku nak tanya siapa kawan barunya itu. Budak dari MRSM Pontian yang terpaksa bertukar ke MRSM Muar disebabkan keputusannya yang kurang baik dan terpaksa ditukarkan ke sana apabila MRSM Pontian diiktiraf sebagai MRSM Bitara.


Kena lak, kawannya ini satu bilik dan homeroom yang sama. Jadi bila nak balik tu memang cantik ler satu jalan.


Tuesday, February 22, 2011

Suntikan Pertama Adik - Tahun Satu


Agak terkejut juga bila membuka pintu tidak seperti kebiasaannya memberi salam kepada papanya. Tertunggu juga bila dia nak memberi salam dalam keadaan riang.


Dalam keadaan murung dia masuk ke dalam rumah. Lalu aku tanya kepadanya kenapa tak riang seperti selalu. Rupa-rupanya semasa di sekolah, kedua-dua lengannya telah disuntik oleh jururawat.

Sambil menunjuk kesan suntikan, terdapat kesan biru lebam di bawah kesan suntikan. Aku tak nak komen apa yang telah terjadi kat sekolah. Yang pasti Ciqah pun tak cerita apa=apa pun tentang lebamnya.

Friday, February 18, 2011

Majlis Maulidul Rasul Di SK Pasir Gudang 4


Dari kelmarin lagi bila balik dari sekolah terus je diberinya aku surat edaran dari pihak sekolah. Majlis Sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah. Sungguh-sungguh nampaknya keinginan nak menghadiri majlis tersebut.


Kesian lak kalau aku kata tak boleh. So.... pepagi lagi nampak ciqah seronok dengan berpakaian baju kurung menunggu bila lah mamanya nak menghantar dia ke sekolah.Alhamdulillah..... nampak serasi ciqah ngan alam persekolahan tahun satunya.


Tapi agak terkilan juga tak dapat bersama-sama dengannya meraikan majlis tu di sekolahnya.Bukan apa, kalau ako pergi nanti lain lak jadinya. Ingat datang sebagai bapa nanti sebalik jadinya. Kena jadi tetamu VIP.


So......... kenalah tengok dari jauh je. 


Saturday, February 12, 2011

Sekitar Larian Perdana Mahkota 1 Murid 1 Sukan - SMK Taman Nusa Damai 2011


Hari ini aku ke sekolah anak dan orang rumah. Malas nak ke SK Bandar Seri Alam seperti mana yang dikerah oleh timbalan pegawai PPD. Seronok kononnya nak berlari bersama-sama dengan anakku si along. 


Dengan persiapan yang dibuat oleh para pelajar dan gurunya, memang menyeronokkan. Semua memberi sumbangan yang amat baik.Rasanya tak rugi aku datang kesini.


Dua orang pentadbir yang sentiasa bersama-sama berdepan dengan masalah sekolah.


Pelajar memanaskan badan dulu sebelum acara larian bermula


Si Raudhah dan anakku, seronok tengok mereka bersama.


Che Hussein sentiasa menjaga kantinnya bersih. Makanannya.....mmmmmm, memang sedap.


Inilah pelajar STAND yang pada pandangan orang umah aku, banyak kerenah tetapi menyeronokan bila mengajar mereka.


Membunyikan horn untuk melepaskan larian pelajar lelaki.



Haji Yusuf, Penolong Kanan kokurikulum STAND


Polis trafik yang begitu banyak membantu dalam acara larian ini. Tanpa mereka payah juga nak handle acara ini.


Pelajar perempuan berlari dengan perhatian pihak polis trafik


Lori aku juga jadi perhatian mereka. Tukang bawa pelajar yang sakit.


Persimpangan yang paling sibuk. Nasib baik ada pihak polis trafik. Tapi apa-apa pun, kerjasama yang baik dari penduduk taman memang dihargai.


Macam tak percaya si along dapat tempat pertama kategori perempuan 18 tahun, menerima hadiah dari mamanya. Walaupun diakhir larian muntah-muntah, tapi masih mahu menunjukkan yang terbaik.

Wednesday, February 9, 2011

Pendaftaran Masuk Semula Ke Tingkatan 4 MRSM Muar




<script type="text/javascript" src="http://network.manggaonline.com.my/publishers/widgets/63698/js/"></script>

Sunday, February 6, 2011

Jom Makan - Tutti Frutti Frozen Yogurt


Mula-mula ako langsung tak perasan pun kehadiran kedai ni sehinggalah Kak Ngah (anak ku) ceritakannya.


Dikalangan kawan-kawan seasramanya, kedai ini menjadi tempat singgahan apabila teringinkan ais krim berasaskan yogurt.


Kalau nak tahu kedudukan kedainya, lihatlah peta yang aku sediakan di atas ni. Kalau ikutkan peta macam tak wujud bangunannya. Maklumlah peta lama kut.


Kedai ni rasanya anak syarikat kepada Kumpulan Naza iaitu syarikat bumiputera.

Kalau tanya aku yang memang peminat ais krim, memang ler sedap. Kena lak, ade lak perasa yang memang aku minat.

Kalau tanya lak anak aku yang kecil nie, lagi ler dia minat. Maklum ler peminat yogurt.

Siap boleh letak topping apa-apa jer. Baik dari buah-buahan mahupun jajan.


Bila dah letak apa yang kita nak...... kena lak letak yang kita ambil tu kat alat pemberat untuk dikira harganya. Jadi kenalah hati-hati sikit bila nak letak apa yang kita selerakan.

Jadi........ kalau berminat, datang ler kat sini. 

<script type="text/javascript" src="http://network.manggaonline.com.my/publishers/widgets/63698/js/"></script>