Sunday, February 6, 2011

Jom Makan - Tutti Frutti Frozen Yogurt


Mula-mula ako langsung tak perasan pun kehadiran kedai ni sehinggalah Kak Ngah (anak ku) ceritakannya.


Dikalangan kawan-kawan seasramanya, kedai ini menjadi tempat singgahan apabila teringinkan ais krim berasaskan yogurt.


Kalau nak tahu kedudukan kedainya, lihatlah peta yang aku sediakan di atas ni. Kalau ikutkan peta macam tak wujud bangunannya. Maklumlah peta lama kut.


Kedai ni rasanya anak syarikat kepada Kumpulan Naza iaitu syarikat bumiputera.

Kalau tanya aku yang memang peminat ais krim, memang ler sedap. Kena lak, ade lak perasa yang memang aku minat.

Kalau tanya lak anak aku yang kecil nie, lagi ler dia minat. Maklum ler peminat yogurt.

Siap boleh letak topping apa-apa jer. Baik dari buah-buahan mahupun jajan.


Bila dah letak apa yang kita nak...... kena lak letak yang kita ambil tu kat alat pemberat untuk dikira harganya. Jadi kenalah hati-hati sikit bila nak letak apa yang kita selerakan.

Jadi........ kalau berminat, datang ler kat sini. 

<script type="text/javascript" src="http://network.manggaonline.com.my/publishers/widgets/63698/js/"></script>

No comments:

Post a Comment