Thursday, July 25, 2013

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua.

Rasanya sudah begitu lama saya tinggalkan lamanweb ini terkontang kanting begitu sahaja. Last enty saya pada tahun 2011.

Ppppeeerrrggghhhhh....... lama betul tu. Anak yang sulong, Kak Long pun dah masuk semester 3 di Universiti Pendidikan Idris dalam jurusan musik. Kak Ngah pula dah masuk Kolej Kemahiran Tinggi Mara untuk persediaan ke luar negara.



Si kecil.....eermm. Dah tak kecil lagi...... sekarang dah di tahun 3 dan makin membesar. Dan ako pula.... dah berubah tempat kerja. kalau dulu di Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang dan sekarang di Jabatan Pelajaran Negeri Johor memegang peperiksaan STAM, SPMU, ULBS dan ULKCP. Kerja dah semakin mencabar.

Rasanya mungkin lama juga ako akan bertapak disini. Tengok keadaan. Apa-apa pun ako dah mempunyai rakan sekerja yang begitu baik dengan ku. Alhamdulillah.... syukur.

No comments:

Post a Comment