Sunday, January 1, 2017

Alam Persekolahan Baru 2017

Semalam bermulalah alam baru persekolahan. Bagi murid di tahun satu, alam persekolahan ini merupakan sesuatu yag terakhir. Tu dia dengan tersenyum bermain bersama-sama sahabat barunya, dia melambaikan tangannya ke araku. Sungguh lega rasa hati kerana si Ciqah pandai bawak dirinya.

ng baru mereka alami. Masih lagi teringat di benakku, semasa si Ciqah mula-mula masuk ke tahun satu. Aku dan mamanya agak sibuk dengan kerja masing-masing hinggakan tidak dapat meluangkan masa menemani Ciqah ke sekolahnya.

Tapi alhamdulillah, si Ciqah pandai pula bawak dirinya. Panik jugak aku petang tu setelah selesai tugas dengan tergesa-gesa ke sekolahnya. Habis dari satu kelas tahun satu aku mencarinya sehinggalah ke kelas yang terakhir. Alhamdulillah, dia melambaikan tangannya di tepi tingkap kelas sambil bermain dengan sahabat barunya. Lega rasa hatiku.




Di sekolahku rasanya persekolahan tahun satu berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Nampak gayanya para guru dapat melayan kerenah murtid dengan sebaik-baiknya.



Tetapi berbeza pula dengan murid prasekolah yang perlu dilayan dengan sebaik-baiknya bagi menarik minat mereka untuk datang lagi ke sekolah.

Setiap sekolah mempunyai cara mereka tersendiri untuk menarik minat dan mententeramkan hati pelajar baru untuk datang ke sekolah. Tentu sekali cara yang mereka lakukan amat menarik sekali untuk dilihat seperti di bawah ini.





No comments:

Post a Comment