Saturday, March 12, 2011

Dua Manusia Yang Mengoncang Dunia - Perang Dunia Kedua


Siapakah mereka? Apakah kaitan mereka dengan dunia? Apakah peranan yang telah mereka mainkan dalam Peperangan Dunia Kedua?

 Mereka adalah pegawai tentera Udara Amerika Maj. Thomas Ferebee dan disebelah beliau ialah Capt. Kermit Beahan. Maj. Thomas Ferebee adalah individu yang menjatuhkan bom atom Little Boy dari Enola Gay ke atas Hiroshima. Manakala Capt. Kermit Beahan pula menjatuhkan bom atom Fat Man dari pesawat The Great Artiste ke atas Nagasaki. Sekarang anda tahu siapa mereka.


Selepas perang dunia kedua berlalu nama mereka tidak pernah disebut. Dunia sendiri baru sedar yang nama individu yang menjatuhkan 2 bom yang meragut hampir 300 000 nyawa tidak pernah diberitahu dan dibiarkan ianya berlalu begitu sahaja. Yang pasti bom pertama dijatuhkan oleh Enola Gay dan dipandu oleh Capt Paul W Tibbet. Kenapa nama krew yang mengakhiri perang dunia kedua lenyap dari catitan sejarah?





No comments:

Post a Comment