Tuesday, March 15, 2011

Perkhemahan Pancaragam Pasir Gudang 2011

Seronok Kak Long cuti kali ni..... Rasenya dah lama juga pihak Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang tak melaksanakan aktiviti ini. Last pun pada awal tahun 2010.

Bila malam tadi aku datang sekeluarga saja-saja nak lihat Kak Long, agak terkejut juga melihat sambutan dikalangan pelajar yang ingin melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan ini. Paling terkejut aku bila melihat ada juga dikalangan pelajar yang hadir ni terdapat dua orang pelajar Cina. Kena gaya lakdua-dua pelajar ini dalam group klarinet Kak Long. Satu perkembangan yang amat baik.

 Masa datang tu, satu guru pengiring pun tak ada. Orang umah aku pelik. Biasalah cikgu-cikgu nie bila masa cuti diberi kerja. So......nak tak nak, kenalah orang umah aku bagi penerangan sikit pada pelajar tentang apa yang boleh dan tak boleh dilakukan ketika perkhemahan sedang berjalan.

Tekun Kak Long melatih rekrut barunya.

No comments:

Post a Comment