Sunday, March 27, 2011

Jom Selangkah Ke UITM


Dah janji punya pasal, pepagi lagi dah keluar pi ke UITM Bandaraya kat JB. Seronok nampaknya Kak Long nak tanya bidang kegemarannya yang ditawarkan kat UITM. 


Walaupun baru tahun ni nak ambil SPM, ako kira ni sebagai motivasi bagi diri Kak Long supaya bersungguh-sungguh belajar untuk mencapai cita-citanya.


Bila sampai di dewan pameran, taklimat baru sahaja tamat. Perasan gak si Nabella kat kaunter penyambut tetamu. Tapi malas nak kacau, just tegur jer. Nampak serasi dah kejenya disitu. 


Sementara nak tahu panjang lebar bidang muzik yang ditawarkan di UITM, lihat dulu pamplet yang diberikan. Bila lihat senarai bidang muzik yang ditawarkan ada juga ijazah muzik dengan pendidikan. Wah ni dah kira hebat. Citer gak ngan Kak Long. Makin bersemangat nak lebih memahami, nampak  gayanya.


Bila Senior di situ citer, adalah lebih baik Kak Long ambil Diploma dahulu sebelum sambung kearah ijazah daripada ambil matrikulasi. Macam-macam si senior tu citer, seronok nampak Kak Long bersemangat. Alhamdulillah...... harap-harap ianya menjadi motivasi bagi diri Kak Long untuk lebih bersungguh-sungguh dalam SPMnya.

No comments:

Post a Comment