Friday, December 16, 2016
Pengubahsuaian Terkini
Hari ini, dinding bilik stor dan bilik air dirobohkan. Kena ler ako naik ke atas kalau nak gunakan tandas.
Bila ako letakkan gambar ni kat whatsapp keluarga, mama yang tengah jaga maknya di Taman Delima mula bising kat ako melalui telefon. Dia bising sebab tak kemas pinggan mangkuk kat dapur. For sure berabuk teruk dek abuk simen.
Ako tak boleh nak buat apa-apa sebab diapun tak bagitau dulu. Sedar-sedar dia dah start ketuk dinding stor. Ni tengah hujan lebat kat luar. Semua kerja dibuat kat dalam rumah. Proses membuang dinding bilik air tengah giat dilakukan. Tingkap dapur dan bilik stor dah dialihkan. cepat diaorang buat kerja.
Monday, December 12, 2016
Tambah Dapur
Lepas balik dari Kuantan, Encik Z kontraktor sekolah mama terus ubahsuai daptor lain yang aku tanya r. Rasanya dia yang paling murah setakat ni dalam RM 18.000 kalau nak dibandingkan dengan kontrak
ila dah sia tanti, amo mempunyai bilie sendiri dilengkapi dengan televisyen, sofa dan penghawa dinging, tempt dimana amo boleh lepak. Manakala di bahagian dapur pula mempunyai ruang yang luasdilengkapi ruang makan.
In sha Allah......... semuanya di dalas perancangan.
Friday, December 9, 2016
Jenjalan
Kali ni nak tak nak kena juga pi jenjalan. Pi ler jalan ke Punggai, Kota Tinggi.
Alhamdulillah.... sepanjang jalan kereta tak ler berapa sesak. Maklum ler tengah cuti sekolah akhir tahun ni, banyak orang ambik peluang jenjalan.
Bila dah penat jenjalan tu singgah ler Punggai Bayu Beach Resort
Semalam duduk di Punggai, esoknya bertolakpula ke Kuantan, Pahang.dan duduk di Hotel CatHaYana
Monday, November 28, 2016
Kak Ngah Balik
Akhirnya balik juga Kak Ngah ke Malaysia. Malam tu pi belanjer dia makan malam kat Bukida steamboat.
Friday, November 18, 2016
Neighbourhood Laundry
Tahniah Kak Ani sekeluarga dengan pembukaan kedai membasuh pakaian 24 jam pada 19hb November 2016 (Sabtu).
Menawarkan perkhidmatan pembasuhan dan pengeringan pakaian secara layandiri.
Bagi minggu pertama pembukaan kedai, diadakan promosi harga yang menarik kepada pelanggan sebanyak RM3 sahaja bagi perkhidmatan yang digunakan.
Semoga perniagaan ini akan berjaya. Tahniah sekali lagi.... Kak Ani.
Sunday, November 13, 2016
Saturday, November 12, 2016
Hello Dan Apa Khabar
Assalammualaikum dan selamat pagi.
Rasanya lama dah ako tinggalkan blog ni sepi tanpa berita. Bayangkan hampir 2 tahun tak der berita. Tahun 2015, aku amat sibuk sekali dengan keje ku kat jabatan. Maklum ler dapat PT pun tak boleh diharapkan. Hampir semua kerja ako yang buat. Dari dapatkan bahan maklumat, printkan dan perbanyakkan salinan kemudian dibukukan mengikut keperluan sehinggaler pengedaran dan membuat taklimat.
Di sekolah, kerja ako tak banyak, hanya mengajar subjek moral. Itu pun ader cikgu yang bersimpati dengan kesukaran ako berjalan dan dia mengambil kelas moralku. Lagi ler makin menyenangkan kerjaku.
Rasanya lama dah ako tinggalkan blog ni sepi tanpa berita. Bayangkan hampir 2 tahun tak der berita. Tahun 2015, aku amat sibuk sekali dengan keje ku kat jabatan. Maklum ler dapat PT pun tak boleh diharapkan. Hampir semua kerja ako yang buat. Dari dapatkan bahan maklumat, printkan dan perbanyakkan salinan kemudian dibukukan mengikut keperluan sehinggaler pengedaran dan membuat taklimat.
Kena pulak si harimau tu nak ikut sekali masa ako bagi taklimat.......... Adussss, pening kepala ako. Bulan 8 2015, ako terlantar kat hospital akibat kencing manis yang agak serius. Banyak kerja-kerja di pejabat ako terpaksa lepaskan kerana sakit. Akibatnya....... Ako direhatkan dan dihumban ke sekolah semula iaitu di SK Taman Nusa Damai bersebelahan ngan sekolah isteriku.
Di sekolah, kerja ako tak banyak, hanya mengajar subjek moral. Itu pun ader cikgu yang bersimpati dengan kesukaran ako berjalan dan dia mengambil kelas moralku. Lagi ler makin menyenangkan kerjaku.
Cerita pasal anak-anakku pula. Kak Long dah mula sambung pengajiannya diperingkat ijazah di universiti yang sama. Dan kalau ada rezekinya, akan menyertai program pertukaran pelajar antarabangsa ke Amerika. Kak Ngah pula, dahpun mula pengajian di Australia dalam bidang animasi. Baru mula pengajian dan nak cuti musim panas selama 3 bulan. Mak saudara dia sanggup sponsor tambang balik cuti ke Malaysia tapi dengan syarat kena jaga Tok Mak dia yang kurang sihat. Dan dia bersetuju. Kalau ikut jadualnya pertengahan bulan 11 ni, balik ler dia. Tapi masih lagi berahsia tarikhnya kerana diawal baliknya dia bercadang nak melawat kakaknya di Tanjung Malim dahulu.
Ciqah......... Anak yang bongsumni pulak. Ehe........ Baru jer lepas mengambil UPSRnya. 17 bulan ni, keluar ler resultnya. Tak begitu tinggi sangat harapan ako ngan isteri terhadap pencapaiannya. Sekadar moga berjaya seperti kakak-kakaknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)






