Sunday, March 6, 2011

PC Fair 2011

Semalam  tergerak lak hati nak ke PC Fair. Kebetulan lak semalam hari terakhir, so satu keluarga (Kak Ngah tak ikut sebab ada kat MRSM) pagi-pagi berarak ke Kotaraya. Kebetulan pula sampai agak awal, so bersarapanlah kat Singgah Selalu.

Si Ciqah monyok jer posing sebab kaki dah letih mengikut papanya meround boot jualan 

Sekitar Penghantaran IbuBapa Mertuaku Mengerjakan Umrah

Sampaipun agak lewat sedikit ke DangaBay. Jemaah umrah semua dah masuk ke bas masing-masing yang sebanyak 6 buah. Ako rasa Azuden pun dah naik basnya sebab kat luar hujan renyai-renyai. Orang yang menghantar punya ler ramai. Dah macam ada majlis lak kat sini. 

Suasana hiba dikalangan yang menghantar boleh kelihatan dimana-mana. Masing-masing sedih melihat yang akan pergi mengerjakan umrah. Entahlah ni kali yang keberapa Kak Lela pergi mengerjakan umrah bersama-sama mak dan ayahnya. Maklumlah orang masih single dan berjawatan tinggi, duit tak kemana.

Ayah dan mak mertua ako lak, haji dah dua kali....... umrah ni pun seingat-ingat ako lah dah kali yang kedua juga. Memang seronok dapat memijak bumi Mekah, agaknya. Bilalah ako ngan orang umah dapat ke sana, insyaAllah.

Thursday, March 3, 2011

Jenis Kereta Mengikut Peringkat Umur

Peringkat 1 (4 bulan hingga 9 bulan - mengikut kesesuaian) 
 
baby walker
 

Peringkat 2 (9 bulan hingga 3 tahun mengikut jumlah pengisian )
 
keta tolak (stroller)
 
Peringkat 3 (3 tahun hingga 7 tahun mengikut kehendak)
 
keta mainan
 
Peringkat 4 (7 tahun hingga 12 tahun mengikut kemahuan)
 
keta kontrol biasa-biasa aje
 
Peringkat 5 (12 tahun hingga 19 tahun mengikut kemampuan)
 
keta kontrol berjenama 
 

Peringkat 6 ( 19 tahun hingga 50 tahun mengikut ketebalan poket)
 
keta mini...keta sport...MPV. ,SUV..sedan
 

Peringkat 7 (50 tahun ke atas mengikut keperluan)
 
keta berkerusi roda
 
Peringkat akhir.....pabila tiba masanya
 
 keta jenazah
 
 

Wednesday, March 2, 2011

Sedapnya Tidur........



Ehe.....sedapnya tidur si ciqah. Maklumlah kerusi tu mengadap penghawa dingin, dah tempah..... orang lain tak boleh duduk. Hanya dia jer yang boleh.

HIDUP = 3 HARI + 2 NAFAS


"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.

Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali
Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.

Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
.. . Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah s.w.t.

Asal Usul Bucket Seat