Tuesday, February 22, 2011

Suntikan Pertama Adik - Tahun Satu


Agak terkejut juga bila membuka pintu tidak seperti kebiasaannya memberi salam kepada papanya. Tertunggu juga bila dia nak memberi salam dalam keadaan riang.


Dalam keadaan murung dia masuk ke dalam rumah. Lalu aku tanya kepadanya kenapa tak riang seperti selalu. Rupa-rupanya semasa di sekolah, kedua-dua lengannya telah disuntik oleh jururawat.

Sambil menunjuk kesan suntikan, terdapat kesan biru lebam di bawah kesan suntikan. Aku tak nak komen apa yang telah terjadi kat sekolah. Yang pasti Ciqah pun tak cerita apa=apa pun tentang lebamnya.

No comments:

Post a Comment