Sunday, February 27, 2011
Hari Menghantar Anak Ke Asrama
Satu hari suntuk habis dengan menghantar anak-anak ke asrama. Bermula 8 pagi sehinggalah pukul 5.30 petang. Tapi kepuasan apabila melihat kesungguhan anak untuk belajar, membuatkan segala penat lelah menghantar dan duit yang dikeluarkan berbaloi.
Mula-mula hantar Kak Ngahnya dulu. Sebelum masuk ke maktabnya, terus dulu ke Giant Muar membeli keperluan kelas dan jajannya dan Kak Longnya sekaligus. Pukul 1.15 petang, bertolak balik ke Pasir Gudang untuk mengurus Kak Longnya pula.
Kesian lak tengok Kak Long. Akibat kesilapan warden mengarah semua penghuni asrama mengosongkan bilik sehinggakan dalam loker pun disuruh kosongkan. Semuanya kerana kehadiran pelajar yang menghadiri Kursus Video Making And Editing yang dianjurkan oleh IRDA selama 3 hari yang memerlukan mereka menetap di asrama.
Apabila balik semula ke asrama petang tadi, terpaksalah Kak Longnya memunggah semula barang yang diletakkan di bilik prep ke biliknya semula. Satu kerja yang amat meletihkan. Sabar jer ler, Kak Long.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment