Saturday, February 12, 2011

Sekitar Larian Perdana Mahkota 1 Murid 1 Sukan - SMK Taman Nusa Damai 2011


Hari ini aku ke sekolah anak dan orang rumah. Malas nak ke SK Bandar Seri Alam seperti mana yang dikerah oleh timbalan pegawai PPD. Seronok kononnya nak berlari bersama-sama dengan anakku si along. 


Dengan persiapan yang dibuat oleh para pelajar dan gurunya, memang menyeronokkan. Semua memberi sumbangan yang amat baik.Rasanya tak rugi aku datang kesini.


Dua orang pentadbir yang sentiasa bersama-sama berdepan dengan masalah sekolah.


Pelajar memanaskan badan dulu sebelum acara larian bermula


Si Raudhah dan anakku, seronok tengok mereka bersama.


Che Hussein sentiasa menjaga kantinnya bersih. Makanannya.....mmmmmm, memang sedap.


Inilah pelajar STAND yang pada pandangan orang umah aku, banyak kerenah tetapi menyeronokan bila mengajar mereka.


Membunyikan horn untuk melepaskan larian pelajar lelaki.



Haji Yusuf, Penolong Kanan kokurikulum STAND


Polis trafik yang begitu banyak membantu dalam acara larian ini. Tanpa mereka payah juga nak handle acara ini.


Pelajar perempuan berlari dengan perhatian pihak polis trafik


Lori aku juga jadi perhatian mereka. Tukang bawa pelajar yang sakit.


Persimpangan yang paling sibuk. Nasib baik ada pihak polis trafik. Tapi apa-apa pun, kerjasama yang baik dari penduduk taman memang dihargai.


Macam tak percaya si along dapat tempat pertama kategori perempuan 18 tahun, menerima hadiah dari mamanya. Walaupun diakhir larian muntah-muntah, tapi masih mahu menunjukkan yang terbaik.

No comments:

Post a Comment