Monday, July 29, 2013
Letrik....... Oh Letrik
Pukul 12.45 pagi si ciqah gerak ako dalam kegelapan. Rupa-rupanya satu taman bekalan elektrik terputus. Dalam keadaan mamai ako pujuk ciqah tidur dengan harapan bila bangun sahur nanti bekalan elektrik telah disambungkan.
Rupa-rupanya harapan ako meleset sekali. Pukul 3.35 pagi, mama terbangun awal kerana kepanasan lalu terus mengerakkan ako dari tidur untuk bangun sahur. Dengan bekalan elektrik yang masih lagi terputus, ako ambil keputusan untuk bersahur diluar saja.
Tengok disekitar taman, abis semua bergelap. Semua kedai makan tutup kerana tiada elektrik. Lalu ako ambil keputusan bersahur di Mcd. Kira ni kali kedua ako, mama dan ciqah bersahur di Mcd. Rasenya bukan keluarga ako sahaja yang bersahur disini. Ramai lagi kenalanku ditaman yang sama bersahur disini. Ha ha ha.... semua senasib denganku.
Dalam jangkaanku mungkin lepas bersahur ni, bekalan elektrik ditamanku akan disambungkan semula...... namun bila sampai sahaja ditaman, keadaan masih lagi sama. Mama terus mengajak ako membeli lilin dikedai sebelum balik.
Bila sampai di 7-Eleven, adik menjaga kedai terus mengarahkan ako membeli lilin di kedai sebelah kerana kedainya kehabisan lilin. Macam tau-tau jer yang ako nak membeli lilin tanpa ditanya.
Yang tergelak tu bukan apa, bila nak sampai je ditaman, bekalan elektrik telahpun disambungkan. Pakat ketawa kami berdua. Ha ha ha.... kira ok ler. Lain kali bila bekalan terputus, sekurang-kurangnya ada ler bekalan lilin di rumah nanti...... nak sedapkan hati masing-masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment