Sunday, March 27, 2011
Jom Selangkah Ke UITM
Dah janji punya pasal, pepagi lagi dah keluar pi ke UITM Bandaraya kat JB. Seronok nampaknya Kak Long nak tanya bidang kegemarannya yang ditawarkan kat UITM.
Walaupun baru tahun ni nak ambil SPM, ako kira ni sebagai motivasi bagi diri Kak Long supaya bersungguh-sungguh belajar untuk mencapai cita-citanya.
Bila sampai di dewan pameran, taklimat baru sahaja tamat. Perasan gak si Nabella kat kaunter penyambut tetamu. Tapi malas nak kacau, just tegur jer. Nampak serasi dah kejenya disitu.
Sementara nak tahu panjang lebar bidang muzik yang ditawarkan di UITM, lihat dulu pamplet yang diberikan. Bila lihat senarai bidang muzik yang ditawarkan ada juga ijazah muzik dengan pendidikan. Wah ni dah kira hebat. Citer gak ngan Kak Long. Makin bersemangat nak lebih memahami, nampak gayanya.
Bila Senior di situ citer, adalah lebih baik Kak Long ambil Diploma dahulu sebelum sambung kearah ijazah daripada ambil matrikulasi. Macam-macam si senior tu citer, seronok nampak Kak Long bersemangat. Alhamdulillah...... harap-harap ianya menjadi motivasi bagi diri Kak Long untuk lebih bersungguh-sungguh dalam SPMnya.
Saturday, March 19, 2011
Penungguan Yang Tak Kunjung Tiba
Seawal-awal pukul 11 malam dah tercegat kat DangaBay menunggu ketibaan bas yang membawa rombongan umrah. Tapi yang peliknya, tak nampak pun ahli-ahli keluarga jemaah lain yang datang menunggu. Mungkinkah aku sekeluarga datang awal sangat ke?
Sementara menunggu tu sempatlah pula posing
Friday, March 18, 2011
Tuesday, March 15, 2011
Perkhemahan Pancaragam Pasir Gudang 2011
Seronok Kak Long cuti kali ni..... Rasenya dah lama juga pihak Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang tak melaksanakan aktiviti ini. Last pun pada awal tahun 2010.
Bila malam tadi aku datang sekeluarga saja-saja nak lihat Kak Long, agak terkejut juga melihat sambutan dikalangan pelajar yang ingin melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan ini. Paling terkejut aku bila melihat ada juga dikalangan pelajar yang hadir ni terdapat dua orang pelajar Cina. Kena gaya lakdua-dua pelajar ini dalam group klarinet Kak Long. Satu perkembangan yang amat baik.
Masa datang tu, satu guru pengiring pun tak ada. Orang umah aku pelik. Biasalah cikgu-cikgu nie bila masa cuti diberi kerja. So......nak tak nak, kenalah orang umah aku bagi penerangan sikit pada pelajar tentang apa yang boleh dan tak boleh dilakukan ketika perkhemahan sedang berjalan.
Monday, March 14, 2011
Sunday, March 13, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)